"Mesti Ada Yang Real" - Pergi Rumah Hantu Drive-Thru, Rakaman Ini Raih Komen Netizen
Takut terlanggar kang.
Pergi ke rumah hantu merupakan satu aktiviti yang digemari oleh anak muda
Kebiasaannya, rumah hantu akan dikunjungi dengan sekumpulan orang. Ada orang dalam kalangan kumpulan itu merupakan orang yang sangat berani, ada juga yang mempunyai sifat penakut.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan kawan pergi ke rumah hantu jenis outdoor telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Memandu kereta masuk rumah hantu sambil tingkap dibuka
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan rakan sedang menuju masuk ke sebuah lokasi iaitu rumah hantu outdoor di Alor Gajah, Melaka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka perlu memandu sambil membuka tingkap supaya hantu di situ dapat menakutkan mereka. Konsep itu seperti berada di Taman Safari.
Lebih melucukan lagi adalah apabila semua dilihat takut dan cuba menyorok di dalam kereta. Pekerja yang berlakon di situ juga tidak kalah lucunya apabila menyuruh pemandu buka lampu kereta.
"Bahaya , takut yang gelabah terus terlanggar hantu tu. Jadi satu kes" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 87K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!