"Jatuh Masa Fashion Show" - Model Confident Teruskan Persembahan Ini Raih Pujian Ramai
Siap buat tarian masa jatuh.
Persembahan fashion show kebiasaannya mengundang model profesional untuk memperagakan baju
Model-model perlu mempunyai standard dan ciri yang ditetapkan oleh seseorang designer itu. Oleh sebab itu, pelbagai saringan yang dijalankan untuk mencari model yang handal.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang model jatuh semasa memperagakan baju telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tetap confident sambil buat tarian semasa jatuh
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sebuah acara fashion show telah dipaparkan. Rakaman tersebut tertumpu pada seorang model yang memakai busana warna hijau.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia tiba-tiba jatuh atas runway gara-gara kainnya yang terlalu labuh.
Lebih menarik perhatian lagi apabila model itu kelihatan sangat profesional apabila jatuh, dia teruskan persembahannya dengan membuat tarian semasa jatuh terduduk.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Ngam eh dia jatuh kat timing kepala akak tudung cream tu, tak nampak cara dia jatuh. Pastu terus buat performance" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 399K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur kagum melihat model itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!