seismik

"Macam Kubur" - Minta Pelamin Putih, Tapi Yang Dapat Warna Lain Ini Buat Pengantin Kecewa

Sedih betul dapat pelamin macam ni.

Cover image via @aurorafoods.ceo (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Setiap pasangan pengantin sudah tentu mengidamkan majlis yang cantik dan sempurna

Daripada dekorasi pelamin, baju sanding, sehinggalah makanan yang disajikan. Semuanya sudah tentu mahukan yang terbaik dan sesuai dengan cita rasa pengantin dan keluarga. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pelamin yang dipesan itu lain daripada kehendaknya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@aurorafoods.ceo

Replying to @Bunda & Tuah Wedding planner buat hal Part 2. I nak semua dalam dewan punya decoration warna putih. Boleh la selit daun hijau atau red roses sikit2 sahaja. Sbb groom's side warna hijau, bride's side warna merah. Sekali dia bagi mcm kubur warna warni. #weddingplanner #weddingplannerbuathal #pelaminburuk

original sound - CEO of Aurora Foods - CEO of Aurora Foods

Minta pelamin warna putih, sekali yang diberi macam-macam warna

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang meluahkan rasa kecewanya berkenaan pelamin sanding di akaun TikTok. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia meminta pelamin yang berwarna putih semuanya. Namun, pelamin yang diberikan mempunyai warna pelbagai jenis. Pelamin itu langsung tidak sama dengan apa yang diminta. 

@aurorafoods.ceo

Replying to @Tehhijau Cerita penuh nanti i buat LIVE 5 petang karang. ni conversation i dgn bff i yg jadi saksi masa i jumpa acik tu utk finalize design pelamin. Also saksi betapa lain nya benda yg diminta dgn yg diberi. #weddingplanner #weddingplannerbuathal #bridal #weddingthings #mintalaindapatlain

original sound - CEO of Aurora Foods - CEO of Aurora Foods

"Allahu dah macam stage forum perdana, sis dapat refund tak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 741K tontonan, 45K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut berang melihat pelamin itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Hm, sedih betul tengok. Harap sis dapat lah refund, jauh beza tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: