seismik

[VIDEO] Ayah 'Dijemput' 3 Jam Sebelum Akad Nikah, Mata Sayu Pengantin Ini Buat Ramai Sebak

Allahu.

Cover image via @intanmasekh (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari pernikahan merupakan hari yang penting buat pasangan pengantin dan keluarga

Bukan saja pasangan pengantin yang berdebar, malah keluarga pasangan pengantin juga terikut rasa nervousnya. Tambahan lagi, buat sang ayah yang ingin melepaskan anak perempuan kesayangannya. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pelanggan rias wajah yang baru kehilangan ayahandanya semasa hari pernikahan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@intanmasekh

Nikah lepas isyak, pukul 4:30 petang wassap ayahnya baru meninggal. Dia tak nk teruskan majlis tapi atas nasihat keluarga semua terpks disteruskan sbb semua dh tersedia . Sapa sangka ayahnya pulang ke negeri abadi lewat petang tu #fyp #muajohor #fyppppppppppppppppppppppp

suara asli - sadvibes - Sadvibes

Niat nikah selepas isyak, tetapi ayah meninggal dunia lepas asar

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang MUA sedang merias wajah pelanggannya untuk hari penikahan.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila pelanggan wanita itu berkongsi kesedihannya menerima berita daripada keluarganya. Ayah kepada wanita itu meninggal pada waktu Asar, iaitu 3 jam sebelum pasangan pengantin itu mengadakan upacara akad nikah.

Walau bagaimanapun, majlis tetap perlu dijalankan kerana telah membuat segala persiapan. MUA itu berkongsi wanita itu tidak berhenti menitiskan air mata kesedihan sepanjang mukanya dirias.

"Anniversary dia nanti akan sama tarikh arwah ayah dia tinggalkan dia, sebaknya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 1M tontonan, 198K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia nampak kuat, tapi dalam hati dia je yang tahu. Stay strong sis!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: