seismik

"Mak Mak Mesti Menang" - Jerit Untuk Dapat Aiskrim, Ramai Teruja Nak Cuba Mesin Baru McD

Boleh release stress!

Cover image via @yukianggia (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau kita tengah stress, kadangkala dengan menjerit boleh melepaskan segala emosi

Selepas jerit itu rasa lebih lega dan boleh hilang semua masalah untuk sementara waktu. Tetapi, tak mungkin kita nak jerit sesuka hati kan? 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan orang ramai jerit bergilir-gilir untuk dapatkan aiskrim di McD telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@yukianggia

Replying to @Aisyah Siti Arum Sho serius nanya: orang Asia kenapa, sih?

Bad Habits - eydrey

Beratur untuk jerit depan mesin sebab nak aiskrim free

Menerusi video berkenaan, kelihatan orang ramai sedang beratur di depan mesin McD yang baru dipasang di Singapura. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah ramai yang terkejut dengan suara jeritan orang seperti ada sesuatu yang berlaku. Rupa-rupanya, mereka semua sedang melakukan challenge menjerit untuk dapatkan aiskrim perisa Hershey percuma daripada McD.

Salah seorang wanita sempat merakam gelagat orang ramai menjerit dengan gaya masing-masing. Situasi itu membuatkan ramai tergelak dan terhibur. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@yukianggia

jadi, kalian mending teriak apa beli aja?

Aesthetic - Tollan Kim

"Kalau mak saya ada, dia memang menang ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 17M tontonan, 995K tanda suka dan 15K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat masing-masing yang menjerit. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aiskrim dapat, stres pun hilang kan? Lawak lah tengok masing-masing! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: