seismik

"Manjakan Sangat" - Sekolah Sediakan Kerusi Untuk Pelajar Ini Cetus Perdebatan Warganet

Apa pendapat anda?

Cover image via Teacher Collection (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebanyakan sekolah sudah pasti akan mengadakan perhimpunan setiap pagi

Kebiasaannya para pelajar akan duduk di dataran atau atas jalan tar semasa perhimpunan. Perkara itu sudah menjadi kebiasaan tambahan lagi bagi pelajar zaman dulu. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di TikTok yang memaparkan sebuah sekolah menyediakan kerusi kecil untuk pelajar semasa perhimpunan telah mencuri tumpuan.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Sediakan kerusi untuk pelajar supaya mereka rasa lebih selesa

Menerusi posting berkenaan, kelihatan beberapa keping gambar dimuat naik di media sosial Facebook. 

Apa yang telah menjadi bualan hangat adalah apabila pihak sekolah menyediakan kerusi kecil untuk semua pelajar semasa perhimpunan. Tujuan tersebut adalah untuk membuat para pelajar rasa selesa semasa berhimpun berbanding duduk di atas jalan tar yang sakit. 

Namun, perkara itu telah menimbulkan pelbagai kecaman daripada netizen. Ada juga yang menyokong dan memuji tindakan pihak sekolah. 

"Tahniah pihak sekolah, satu penambahbaikan. Sekarang budak-budak pun pandai berfikir dan inovasi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 4.1K tanda suka, 2.4K komen dan 4K komen di Facebook, rata-rata netizen memahami inisiatif pihak sekolah. Namun begitu, ramai juga yang mengecam kerana memanjakan pelajar. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook: 

Mungkin zaman dah berubah, apa-apa pun terima kasih kepada pihak sekolah kerana memikirkan keselesaan anak murid :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: