"Macam Persatuan Bapak-Bapak" - Gelagat Budak Sekolah Borak Sebelum Balik Ini Curi Tumpuan
Kecoh betul semua ya.
Gelagat budak sekolah terutamanya sekolah rendah memang kadangkala melucukan
Banyak kerenah dan perangai mereka yang tidak dijangkakan. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita akan rasa lucu melihat tingkah laku mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan budak sekolah kecoh berborak sebelum balik telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sakan berborak macam tak puas lagi luangkan masa dengan kawan-kawan
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan budak lelaki sedang berborak di sekeliling kereta. Salah seorang budak yang bernama Harraz dilihat telah masuk dan duduk di dalam kereta ayahnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka dilihat tidak berhenti berborak sambil bersalam-salaman sebelum balik.
Lebih melucukan lagi adalah apabila salah seorang rakannya menegur Harraz supaya pergi ke Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA). Perkara itu membuatkan ayahnya tergelak kerana si Harraz pernah ingin ponteng kelas KAFA.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Ni baru persatuan anak belum persatuan ayah lagi" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 123K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!