seismik

"Buat Malu Je" - Berebut Beli Bundle, Wanita Ikut Sakan Berlaga Ini Cetus Reaksi Ramai

Hm, sanggup ya dia join sekali dalam tu.

Cover image via @nizamdaud95 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jualan seperti thrift shop atau bundle sememangnya digemari ramai

Bukan setakat harganya yang murah, malah anda boleh dapat baju yang masih lawa dan berjenama. Oleh sebab itu, tidak hairan kalau ramai yang suka berebut dan bersesak untuk ke dapatkan baju bundle.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita juga ikut serta berlaga dan berebut baju bundle telah mencuri tumpuan ramai.

Sibuk ikut kumpulan lelaki berebut baju bundle

Menerusi video berkenaan, kelihatan ramai orang sedang menunggu giliran untuk berebut baju bundle di Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila sebaik saja penjual berkata mula, ramai orang yang terdiri daripada lelaki berlari merebut baju bundle di tengah-tengah.

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila terdapat seorang wanita juga turut ikut serta berlaga-laga dengan kumpulan lelaki yang lain. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Nanti ade yang jerit weh bini aku, selipar siapa ni!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 650K tontonan, 19K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata mempersoalkan tindakan wanita itu. Malah, ramai juga tertarik dengan abang MC yang tidak dapat keluar daripada situ. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sampai macam tu sekali ya berebut baju :')

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik