seismik

[VIDEO] Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal, Jiran Cina Hantar KFC Ini Buat Ramai Terharu

Baiknya jiran dia.

Cover image via @eikinhanipah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tidak dinafikan, kita semua hidup berjiran dengan orang yang tidak dikenali

Walaupun begitu, kita perlu menjaga ketenteraman dan keharmonian hidup berjiran. Bukan saja perlu bersifat tolak ansur, kita juga perlu menghormati budaya dan kaum masing-masing. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita mendapat makanan daripada jiran Cinanya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@eikinhanipah

It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai

Эта любовь - Amirchik

Tak dijemput ke majlis sambutan sebab makanan tak halal, jiran Cina ini gantikan dengan bungkusan KFC

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman yang memaparkan majlis sambutan dan makan-makan yang diadakan oleh jiran Cina kawasan rumahnya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila jiran Cinanya itu memberikan sebuah bungkusan KFC sebagai ganti. Perkara itu disebabkan jiran itu tidak menjemputnya kerana makanan yang disediakan tidak halal. 

"Kawan cina saya kahwin, dia ambil table untuk kita, only makanan halal served. Baik gila!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 175K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terharu dengan tindakan jiran yang baik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Baiknya, dapat jiran baik tu salah satu rezeki juga tau! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: