"Kesian" - Ibu Nekad Tindik Telinga Anak Masa Bayi Sebab Nak Cantik Raih Kecaman Netizen
Tak sampai hati tengok anaknya menangis macam tu.
Memiliki cahaya mata pertama sudah tentu menjadi kebahagiaan buat pasangan suami isteri
Saat inilah suami isteri itu boleh bergelar sebagai ibu bapa. Pastinya, pelbagai persiapan yang perlu dibuat untuk menjadi ibu bapa yang baik dan bersedia untuk mendidik anak-anak.
Namun, tular baru-baru ini video di TikTok yang memaparkan seorang ibu nekad tindik telinga bayi perempuannya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tindik telinga anak sebab nak bergaya dan cantik
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam situasi bayi perempuannya di tempat yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila ibu menghantar bayinya untuk tindik telinga. Sebaik saja ditindik, bayinya itu menangis dengan sekuat hati kerana kesakitan. Dia juga tidak sampai hati melihat anaknya meraung seperti itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Aku pula yang sakit hati tengok, tak kesian ke tengok anak menangis macam itu. Tunggula anak besar sikit" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 573K tontonan, 9K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!