seismik

[VIDEO] Gelagat Gadis Terjun Sungai Guna 'Kain Pelikat' Atas Kepala Buat Ramai Terhibur

Siapa pernah buat macam ni?

Cover image via @ovthikg (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mandi sungai ramai-ramai dengan rakan sudah tentu perkara yang menyeronokkan

Tambahan lagi, apabila ada kawan yang perangainya 'masuk air', memang tak berhenti gelak dan ketawa. Pastinya, hubungan antara kawan juga semakin rapat jika kita banyak meluangkan masa. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan gadis mandi sungai sambil memakai kain pelikat telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terjun sungai sambil memakai kain pelikat atas kepala

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi menunjukkan keadaan di tepi sungai yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila terdapat sekumpulan gadis sedang beratur di tepi sungai dan menunggu giliran untuk terjun.

Lebih melucukan lagi adalah apabila mereka memakai kain pelikat untuk terjun. Sebaik saja mereka terjun, kainnya itu terus menggelembung bulat seperti kepala mereka sedang terapung.

"Kalau aku kat situ malas aku nak layan, letih gelak je" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 153K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul ikat kain pelikat macam tu, tapi mesti nampak gelap je kan? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: