[VIDEO] Rumah Terbakar, Tindakan Pak Guard & Jiran Usaha Padamkan Api Ini Buat Ramai Kagum
Memang tabik!
Tugas seorang pak guard adalah untuk menjaga keamanan dan keselamatan kawasan kediaman
Walaupun kadangkala ada kawasan yang memang ramai dengan security guard yang tegas dan garang, namun sebenarnya itu merupakan perkara yang baik.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan jiran tetangga dan pak guard bertungkus-lumus padamkan api di rumah yang terbakar telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pemilik rumah tak perasan api dah merebak, mujur ada jiran yang peka
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman yang menunjukkan seorang pak guard sedang cuba membuka pintu rumah di sebuah tempat yang tidak dikenali.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pak guard itu dilihat sangat gigih dan dibantu oleh jiran tetangga untuk membuka pintu supaya dapat memadamkan api yang merebak.
Sebaik saja pintu itu dibuka, dia bergegas masuk dengan fire extinguisher lalu padamkan api di dalam rumah.
Difahamkan, pemilik rumah tidak perasan akan kebakaran di rumahnya kerana sedang tidur. Punca api itu juga dikesan daripada alat penyembahan agama mereka.
"Security ni mmg hebat, patut naik pangkat jadi ketua security. Memang berani masuk, rasanya kalau orang lain biar ja rentung" - Netizen
Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 780K tontonan, 56K tanda suka dan 900 komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan kerjasama jiran dan pak guard. Malah, ramai juga memuji keberanian pak guard itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!