[VIDEO] Curang Masa Isteri Hamil, Wanita Ini Ajak Suami Makan Ke Tempat Kerja 'Perampas'
Habis kena serang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasangan suami isteri mana yang tidak mahukan hubungan mereka kekal lama sehingga tua dan hanya dipisahkan oleh maut
Pastinya semua pasangan mahukan yang terbaik untuk hubungan mereka. Namun begitu, sudah tentu banyak cabaran seperti kesetiaan yang akan diuji buat kedua-dua pasangan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila wanita ini mendapati suaminya curang telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri cari cara nak jumpa perempuan yang mengganggu hubungannya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menyiasat suami yang curang dengannya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si isteri gagah memberanikan diri mengambil telefon suami untuk membalas mesej perempuan simpanan suaminya itu. Difahamkan, isterinya itu dalam keadaan hamil.
Walaupun hubungan terlarang itu telah diakhiri oleh suaminya, namum perempuan simpanannya itu tetap mengganggu dan mengajak untuk berjumpa.
"Kalau masih cinta sama gue, lu temuin gue besok. Kalau udah engga, ga perlu", kata perempuan simpanan.
Pada keesokan harinya, lelaki yang curang itu hadir dengan isterinya ke restoran tempat perempuan simpanannya bekerja.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Goodjob sis, tak perlu serang. Nampak tu gigil tangan suami tekan pin" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 35M tontonan, 2.4M tanda suka dan 25K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji tindakan wanita itu. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!