seismik

"Muka Macam Garang" - Gadis Reveal Perangai Sebenar Ayahnya Ini Buat Ramai Terhibur

Rupa-rupanya lain ya!

Cover image via @niesaregae (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Figura seorang ayah sering dikatakan seorang yang tegas dan garang

Namun, sebenarnya kadangkala mereka juga boleh membuat lawak dan bersifat sporting terhadap anak-anaknya. Bak kata kena ikut timing, ada masa memang perlu tegas dan garang ada masa memang perlu berjenaka. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis reveal perangai sebenar ayahnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Ramai ingat ayahnya garang, rupa-rupanya tak

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis memuat naik gambar ayahnya yang kelihatan garang di akaun TikToknya. 

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila pada akhir video, dia menunjukkan aksi ayahnya berjoget dangdut sambil memakai rambut palsu di dalam rumah. Tindakannya itu yang sedang berjenaka tidak kelihatan garang sama sekali. 

Difahamkan gadis itu membuat video tersebut kerana rakannya sering takut untuk datang ke rumah sebab ayahnya garang. 

"Sejak-sejak TikTok ada , banyak rahsia bapak-bapak kita pecah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 158K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat ayahnya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, lawak betul. Ayah siapa macam ni juga? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: