Fenomena Peniaga Jual Cara 'Cedok-Cedok' Di TikTok, Rupa-Rupanya Ramai Tak Sedar Haram
Ramai terpedaya sebab murah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dengan adanya pelbagai aplikasi sekarang, ia dijadikan sebagai medium orang untuk meniaga
Sebagai contoh, ada yang meniaga produk mereka dengan membuat strategi marketing di aplikasi seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Ada juga yang rajin membuat live di medium-medium tertentu untuk dapatkan lebih banyak jualan.
Baru-baru ini, tular fenomena di TikTok tentang jualan cedok-cedok oleh peniaga telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Ramai terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan peniaga cedok-cedok
Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa peniaga menjual beberapa produk mereka melalui TikTok live.
Kebiasaannya, peniaga menjual barang manisan seperti gula-gula dan makanan ringan. Ada juga yang menjual brooch tudung, barang makeup dan macam-macam lagi produk.
Mereka menggunakan kaedah jualan cedok-cedok. Penjual akan mencedok satu sudu penuh produk untuk dijual dengan harga tertentu. Pembeli tidak mempunyai pilihan untuk memilih produk.
Rupa-rupanya, jualan secara cedok-cedok ini haram. Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus di ceramahnya.
Lihat video penjelasan penuh itu di bawah:
Cedok-cedok sama dengan jual beli mulamasah yang telah jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar.
Perkara itu disebabkan pembeli itu belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi. Maka, ia adalah haram."Haah betul tu pastu dikatanya ramai ustaz/ustazah google yg memandai-mandai kat komen bila orang tegur cedok-cedok ni tak boleh" - Netizen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!