seismik

[VIDEO] Gara-Gara Takut Anjing, Wanita Terheret Abang Polis Ini Buat Ramai Terhibur

Dah dua-dua jatuh dalam semak sekali.

Cover image via @mamangosa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Pastinya antara ramai di sini, ada yang takutkan anjing bukan?

Iyalah, kadang ada anjing liar yang garang sampai ingin mengejar. Situasi itu boleh membuatkan seseorang trauma. Ada juga yang tidak suka akan anjing sebab perlu samak jika tersentuh.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita menggelupur terjumpa anjing lalu mengheret abang polis di sebelahnya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mamangosa

Ketawa dosa tapi ga ketawa,, yakali

original sound - Mamangosa - Mamangosa

Takut anjing sampai menggelupur terheret abang polis jatuh dalam semak

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman yang memaparkan seorang wanita sedang berjalan dengan rakan-rakannya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang wanita dilihat menggelupur kerana seekor anjing ingin mengejar dan mendekatinya.

Lebih melucukan lagi adalah apabila dia dilihat sangat gelabah sehingga terheret seroang abang polis di sebelahnya. Mereka dilihat mengelak anjing itu sehingga terjatuh dalam semak samun. 

"Aku pernah kena kejar anjing lepas balik ngaji. Entah rumah siapa aku main panjat je pagar tu sampai terkejut owner" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 13M tontonan, 1M tanda suka dan 13K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia boleh tarik abang polis tu sekali, kesian kena elak! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: