Isu Kemas Meja Di Restoran 'Fast Food' Ini Cetus Pelbagai Pertikaian Netizen
Isu ini memang dari lama lagi orang debat.
Restoran fast food sering menjadi pilihan ramai orang kerana penyediaan makanan yang cepat dan segera
Bagi orang yang kesuntukan masa, mereka sering memilih makanan fast food daripada makanan lain yang perlu masa penyediaan yang lama. Yang nak jimat masa pun selalunya mereka akan pesan makanan dari fast food saja.
Namun, baru-baru ini tular perdebatan di Twitter tentang isu kemas meja di restoran fast food telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Ada yang bersetuju untuk kemas meja selepas makan, tak sangka pula ramai yang membangkang juga
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang pemuda memuat naik gambar meja makan di restoran fast food Texas di Twitter.
Pemuda itu memesan kepada orang ramai supaya mengemas meja selepas selesai makan untuk memudahkan pekerja di restoran itu. Hal demikian kerana, kadangkala restoran mempunyai kekurangan tenaga pekerja. Perkara itu juga boleh memudahkan pelanggan seterusnya yang hendak duduk di situ.
Pada ruangan komen, ramai yang dilihat bersetuju dengan kenyataan pemuda itu. Namun, ramai juga yang tidak bersetuju malah memarahi pemuda tersebut kerana mereka menganggap telah membayar cukai servis.
"Company dah untung berjuta, kena bayar service tax lagi, kemas meja makan pun aku, alang-alang kesian dekat pekerja baik aku tolong masakkan sekali" - Netizen
Susulan tularnya posting berkenaan sehingga meraih 1K retweets, 1K quote tweets dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan pendapat mereka masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang