seismik

“Siap Cakap Mandarin” - Rider Nak Tolong Hantar Aunty Balik Rumah Ini Jadi Perhatian Ramai

Terima kasih abang rider.

Cover image via @khuzaimie_lemat1.0 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Pekerjaan rider adalah untuk menghantar makanan atau bungkusan parcel ke rumah pelanggan

Ada kalanya, mereka perlu menempuhi cuaca yang buruk seperti hujan untuk terus menjalankan tugas dengan baik. Ada juga yang menghadapi situasi yang berbeza pula. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang rider ternampak seorang aunty Cina hilang arah untuk pulang ke rumah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@khuzaimie_lemat1.0

Sesiapa jika jumpa Auntie ni lagi berlegar-legar kau orang boleh terus hantar ke balai polis je sebab memang dah kerap belaku gini #fyp #foryoupage #fyp

bunyi asal - CEO OF FOODPANDA - CEO OF FOODPANDA

Niat nak tolong aunty sesat balik rumah, sekali dia pun tak ingat jalan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang rider baru selesai menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia terjumpa seorang aunty yang kelihatan seperti hilang arah. Dia menawarkan bantuan untuk menghantar aunty itu pulang ke rumah. 

Sebaik saja aunty itu membonceng motor, dia bertanya mana rumah aunty itu. Aunty itu menjawab tidak tahu dan hanya ingat rumah bernombor sembilan saja. 

Rider itu siap bercakap dalam bahasa Mandarin namun masih gagal mendapatkan info rumah aunty itu juga. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk hantar aunty ke balai polis berdekatan. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

@khuzaimie_lemat1.0

Membalas kepada @nizfatenh Alhamdulillah pihak polis dah call waris dia untuk pickup auntie ni dekat balai tadi #fyp #foryoupage #fyp

bunyi asal - CEO OF FOODPANDA - CEO OF FOODPANDA

"Abang bawak lah dia pusing pusing kejap, dia boring tu" - Netizen

Susulan tualrnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 138K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib ada abang rider ini, kalau tak kesian aunty tu! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik