seismik

[VIDEO] Lafaz Akad Nikah Guna Bahasa Isyarat, Pengantin Lelaki Ini Buat Ramai Terharu

MasyaAllah.

Cover image via @amrimjs (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis akad nikah merupakan hari yang dinanti-nantikan buat para pengantin

Iyalah dapat menjalinkan hubungan sah yang halal setelah lama berkenalan. Pastinya, pengantin lelaki akan terasa sedikit gementar apabila ingin melafazkan akad. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang pengantin lelaki menggunakan bahasa isyarat untuk melafazkan akad telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@amrimjs

Jodoh & pertemuan adalah ketentuan Allah.. semoga kekal hingga Syurga..

Selamat Pengantin Baru (Alhamdulillah) (Instrumental) - Instrumental

Lafaz akad nikah menggunakan bahasa isyarat

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang berada di masjid untuk majlis akad nikah mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pengantin lelaki dilihat melafaz akad nikah menggunakan bahasa isyarat. Setelah itu, dia juga menggunakan bahasa isyarat tersebut untuk berkomunikasi dengan isterinya. Situasi itu membuatkan ramai yang terharu melihat pasangan tersebut.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Terharu rasanya, menitik air mata. Ya Allah, kau berikanlah kebahagiaan dunia akhirat kepada mereka, amin." - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 141K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut mendoakan kebahagiaan buat pasangan itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga berbahagia hingga ke Jannah buat pasangan ini! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: