"Macam Ekor Cik Ti" - Wanita Ini Terkejut Lepas Lihat Order Makanan Ayam Tapi Lain Dapat
Terus nak muntah balik.
Membungkus makanan di luar sudah tentu lebih menjimatkan masa dan tenaga
Namun, apa yang bahaya adalah kita tidak tahu bagaimana cara penyediaan sesuatu makanan tersebut. Adakah mereka menggunakan bahan yang segar atau tidak.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita terkejut order ayam tapi dapat lain telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Order ayam penyet, sekali bila pegang macam bukan ayam tapi...
Menerusi video berkenaan, kejadian itu berlaku di negara seberang iaitu di Indonesia. Video tersebut memaparkan pesanan nasi ayam penyet.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila wanita yang memesan ayam itu terkejut apabila daging yang dipegang itu seperti bukan daging ayam.
Lebih menakutkan lagi, apabila daging tersebut mempunyai ekor seakan-akan rupa ekornya tikus. Perkara itu membuatkannya fobia untuk memesan makanan daripada luar.
"Aku juga pernah temu kayak gini, tapi di sup daging catering" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 21K tanda suka dan 4K komen di Instagram, rata-rata netizen turut terkejut melihat situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!