seismik

[VIDEO] Baru Nak Membuang, Tapi Cermin Besar Depan Jamban Ini Buat Ramai Tak Senang Duduk

Hm, membuang sambil cermin diri sendiri ke ni?

Cover image via @sagita_syah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau kita tengah bercuti dan berjalan jauh untuk travel, sudah pasti kita akan singgah ke hentian rehat bukan?

Di hentian rehat lah, kita berehat mencari makan dan minum. Bukan setakat itu, fasiliti dan kemudahan yang disediakan membolehkan kita untuk pergi ke tandas dan solat di surau. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis terkejut dengan dekorasi tandas di negara seberang telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Baru nak membuang, sekali terkejut ada cermin besar depannya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam situasi dekorasi sebuah tandas yang tidak dikenal pasti lokasinya. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila terdapat sebuah cermin besar yang digantung di depan jamban. Perkara itu membuatkan dia tidak senang untuk membuang air kecil atau air besar. 

Dia lalu memuat naik video itu dengan kapsyen "pup dengan gaya" membuatkan ramai memberikan reaksi masing-masing. 

"Takutnya kalau bukan di rumah peribadi , cerminya itu cermin dua arah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 587K tontonan, 36K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu. Malah, ramai yang memberikan reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hm, terus batalkan niat nak membuang. Malu nak tengok diri sendiri :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: