seismik

"Tolong, Dia Lembik" - Gelagat Lelaki Takut Nak Pegang Bayi Ini Buat Ramai Boleh Relate

Siapa macam ni juga?

Cover image via @umairaaray (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Seperti yang kita tahu, bayi yang baru lahir memang masih lembut tulangnya

Sebab itu, kalau nak dukung atau pegang bayi perlu ekstra hati-hati supaya bayi tidak tercedera. Namun, kadangkala ada juga sesetengah orang yang memilih untuk tidak memegang atau mendukung kerana takut. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki dilihat sangat takut untuk mendukung anak buahnya yang baru lahir telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Meraung meminta tolong orang lain untuk ambil bayi itu sebab takut

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang meluangkan masa bersama keluarganya di ruang tamu. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia dilihat sangat takut apabila disuruh mendukung anak buahnya yang baru lahir itu. Dia mendukung sambil badannya keras tidak berani bergerak kerana takut cederakan si bayi. 

"Tolong, tolong, tolong, nanti dia jatuh"

"Ambil lah dia, dia lembik", katanya. 

"Saya pun fobia dukung baby takut salah pegang cedera baby tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 201K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Dia punya nak minta tolong tu, abang kena banyakkan practice lagi ni. Fighting! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: