Gara-Gara Minta Tukar Peha Ayam, Pelanggan Ini Didakwa Disuruh Berambus Oleh Manager A&W
A&W Malaysia telah memohon maaf atas kejadian itu.
Seperti yang semua tahu, restoran fast food seperti A&W memang digemari ramai
Baru-baru ini, sebuah insiden yang terjadi di A&W telah tular di media sosial. Video berkenaan memaparkan konflik antara pelanggan dan seorang pengurus di dalam kedai sehingga masing-masing bertekak.
Lihat video penuh itu di bawah:
Masing-masing tinggikan suara dan tak nak mengalah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pelanggan bertekak dan memarahi pengurus di A&W sambil merekod situasi itu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia sempat berkata pengurus itu menyuruhnya berambus dari kedai. Perkara itu membuatkan pelanggan tidak berpuas hati dan terus bertekak.
"Why did you call me mampus?", kata pelanggan.
"I didn't say mampus", kata pengurus.
"He said berambus", kata seorang rakan kerjanya.
"Why are you so angry? We asked for what we want. We are customers, right? Do we have the right (to make a request)?", kata pelanggan.
Manager A&W dilihat cuba sedaya upaya untuk menerangkan situasi yang sebenar. Dia cuba memberitahu kepada pelanggan bahawa penukar ayam hanya terhad kepada dua hingga tiga ketul dan bukan semua.
Konflik itu tidak terhenti di situ saja, pelanggan itu dilihat naik angin sambil meninggikan suaranya. Dia sempat mempertikaikan tingkah laku seorang pengurus kepada pelanggan. Pelanggan yang terdiri daripada suami isteri itu juga sempat memberitahu mereka hanya pekerja bukan pemilik restoran.
Akhirnya, pengurus itu ditenangkan oleh rakan kerjanya dan disuruh masuk ke dapur belakang supaya tidak mencetuskan sebarang konflik lagi.
"Tengok cara customer ni cakap pun tahu memang suka cari masalah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 830K tontonan, 29K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Sementara itu, A&W Malaysia telah menghubungi pelanggan melalui TikTok dan membuat permohonan maaf
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!