seismik

"Tak Salah" - Wanita Viralkan Cara Orang Parking Kereta Ini Cetus Perdebatan Netizen

"Kan dalam kotak tu?" - Netizen

Cover image via @sidchan (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk parkir kereta di tempat yang disediakan

Tidak kisah di mana anda berada seperti pejabat atau pusat beli-belah, anda perlu meletakkan kereta dalam kotak parkir yang telah disediakan Anda akan disaman jika parkir kereta sesuka hati.

Namun, baru-baru ini tular di Twitter tentang seorang wanita yang memuat naik gambar kereta orang lain dan cuba pertikaikan cara parkirnya telah mencuri tumpuan.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Mengadu tidak muat untuk meletakkan barang di bonetnya

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @sidchan di Twitter, kelihatan seorang wanita sedang mengadu cara sebuah kereta diletakkan di tempat parkir. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita itu mengadu tidak muat untuk dia meletakkan barang yang dibeli dalam bonet keretanya. Dia juga memberitahu bahawa dia mempunyai tiga anak kecil dan perkara itu telah menyusahkan keluarganya. 

Lihat posting seterusnya di bawah: 

Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah meraih 2K retweets, 700 quote tweets dan 5K likes di Twitter

Malah, rata-rata netizen di Twitter mencetuskan perdebatan tentang isu itu. Ada yang memihak kepada wanita itu.

Namun, ada juga yang tidak bersetuju kerana isu tersebut boleh diselesaikan seandainya jika dia meletakkan anak-anak ke dalam kereta dulu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Apa pendapat anda semua pasal ini? :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: