seismik

[VIDEO] Guna Suara Latar Hantu Seram, Lelaki Kenakan Anak Buah Sampai Menangis Undang Tawa

Budak tu give up sampai baling pistol.

Cover image via @hanifwan_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mempunyai anak buah yang ramai sudah tentu bikin rumah menjadi riuh suasananya

Sebagai pak cik atau mak cik mereka, sudah pasti kadang kita perlu melayan kerenah mereka yang suka bermain dan bergurau senda. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki kenakan anak buahnya sampai menangis telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@hanifwan_

Balas kepada @arasso_0 hahaha ni kita zoom skit

bunyi asal - -

Bergurau main TikTok sambil pasang suara latar hantu seram

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki dan anak buahnya sedang berada di bilik rumahnya. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila lelaki itu dilihat mengenakan anak-anak buahnya sehingga mereka ketakutan. Lelaki itu merakam video TikTok yang mempunyai suara latar hantu seram seakan-akan hantu itu mahu mencari mangsa. 

Lelaki itu terus berlari keluar bilik sambil menutup pintu dan mengunci dari luar. Anak-anak buahnya berlari lintang pukang dan menyorok belakang pintu kerana ketakutan. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Ingat dah pegang pistol dah cukup berani rupanya campak siap nangis" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 79K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Berdekah baca komen, aduhai tak tahu nak kesian ke nak gelak! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAY Seismik:

You may be interested in: