seismik

"Senjata Dia Nangis" - Muka Ayah Habis Kena Makeup Anak Masa Tidur Ini Curi Tumpuan

Last-last dia punya gelabah sampai menangis dulu.

Cover image via @sitinurfaseeha7 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memiliki anak kecil sudah pasti akan jadi riuh suasana bila di rumah

Iyalah, mereka yang panjang akal itu ada saja perkara yang nak dibuat. Kadangkala, ibu bapa sampai geram melihat gelagat mereka yang melucukan. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak perempuan makeup ayahnya yang sedang tidur telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@sitinurfaseeha7

Apa mama nak jawab dengan papa dik ! pantang mama masak, ada je kerja dia buat, Nak sedih dekat make up ke atau sedih dekat suami erk ?? #lawak #kelakuanlucu #babytiktok #sabar #komenandlike #fyp

bunyi asal - Seha Meera - Seha Meera

Selamba bedal makeup ibu sebab nak conteng muka ayah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang bermain makeup ibunya di ruang tamu. 

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila dia menjadikan ayahnya yang sedang tidur itu sebagai model. Budak itu siap menconteng dan merias wajah ayahnya. Si ibu datang menghampirinya juga terkejut. 

Lebih melucukan lagi adalah apabila ayahnya bangun dan melihat mukanya itu. Belum sempat bertanya kepada si anak, anaknya sudah meraung ketakutan. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@sitinurfaseeha7

Membalas kepada @nurulamie menangis cara untuk lindungi diri #anakpapamama #lawak #babytiktok #fyp

bunyi asal - Seha Meera - Seha Meera

"Harap harap eyeshadow palette tu bukan branded la. Menangis do i kalau branded punya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 616K tontonan, 53K tanda suka dan 900 komen di TikTok, rata-rata netizen turut boleh relate. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa-apa pun kena self defense dulu. Dah serba salah pula ayahnya! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: