seismik

"Muka Terkejut" - Budak Saja Main Stereng, Sekali Bila Ayah Datang Gelabah Ketakutan

Comelnya dik!

Cover image via @schayana07 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memiliki anak kecil sememangnya boleh membuatkan suasana rumah itu menjadi riuh

Tidak dinafikan, perangai mereka yang panjang akal dan comel itu memang membuatkan ibu bapa geram melihatnya. Ada saja telatah dan gelagat mereka yang lucu dan sering jadi hiburan ibu bapa. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki cuba bermain dengan stereng kereta namun lain pula jadinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@schayana07

Ingat driver kecik yg take over sekali driver besar datang lintang pukang lari #fyp #foryoupage #fy #myeverything #daryannoah

original sound - scha yana - scha yana

Punyalah gelabah bila ibu sakat dia sampai terjatuh

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di dalam kereta bersama ibunya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si kecil itu dilihat berada di tempat duduk pemandu kereta sambil bermain stereng kereta semasa ayahnya keluar membeli barang.

Lebih melucukan lagi adalah apabila ibunya menyakat si kecil itu sambil berkata ayah dah datang. Tanpa berfikir panjang, si kecil itu terus membuat reaksi muka terkejut dan lompat ke arah ibunya sehingga jatuh. Aksi lucunya itu diperhatikan oleh ayahnya.

"Dia takut papa suruh dia drive pulak kejap lagi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5M tontonan, 440K tanda suka dan 8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Alahai, dia nak main tapi dia pula yang kalut! :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: