seismik

[VIDEO] Ride Konvoi Sekali, Suami Cekak Pinggang Tengok Bini Berseronok Dengan Biker Lain

Hm, balik rumah habislah akak tu.

Cover image via @princess_riena (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik

Hobi ride atas jalan raya dengan motosikal kebiasaannya digemari oleh kaum lelaki

Namun, tidak dinafikan ada juga daripada kaum wanita yang mempunyai hobi menunggang motosikal. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang isteri mengikut suaminya ride konvoi, tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Si isteri sempat pula berseronok dengan biker lain

Menerusi video berkenaan, kelihatan kumpulan rider sedang berkonvoi di atas lebuh raya yang tidak dikenal pasti. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si suami menoleh ke belakang dan mendapati isterinya yang konon nak ikut konvoi itu sedang berbual dengan biker lain. Dia terus bercekak pinggang tanda marah. 

"Lepas ni tak merasa kak nak bawak moto. Memang duduk belakang abang je la jawabnya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 81K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Nanti isteri pujuk balik, dah reda dah kemarahan! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: