seismik

[VIDEO] Sanggup Beratur Seawal 4 Pagi, Peminat Billie Eilish Dilihat Teruja Hadir Konsert

Dah macam camping dah.

Cover image via @constipatedvegetable (TikTok) & @kishvan (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, penyanyi kelahiran Amerika iaitu Billie Eilish sedang mengadakan world tour baru-baru ini

World tour itu termasuklah negara Malaysia. Billie Eilish akan mengadakan konsert pada 18 Ogos, malam ini di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil.

Video daripada peminat-peminat dari Malaysia yang hadir ke konsert Billie Eilish pada malam ini dilihat teruja sehingga sanggup beratur awal pagi.

Lihat video penuh itu di bawah:

Beratur dari 4 pagi di stadium sebab nak dapat standing seats paling depan

Menerusi video berkenaan, kelihatan ramai peminat Billie Eilish memuat naik video mereka di laman TikTok.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila ramai peminat dilihat datang seawal jam 4 pagi untuk beratur di luar stadium. Difahamkan, mereka yang datang itu menempah zon free standing. Sebab itu, mereka sanggup beratur di depan stadium untuk mendapatkan tempat paling depan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Gila lah, sanggup tu beratur, konsert pukul 8 malam" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 858K tontonan, 108K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Good luck semua yang nak jumpa Billie Eilish nanti!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: