seismik

[VIDEO] Simpan Dalam Rumah, Wanita Ini Kesal Duit Habis Rosak Kena Makan Anai-Anai

Boleh cuba tukar dekat bank.

Cover image via @rasyada91 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ada barangan berharga yang kita suka simpan di rumah

Namun, sebenarnya bukan semua barang yang selamat disimpan di rumah. Antaranya, duit kertas kerana ia bukan saja tidak selamat. Kalau berlaku apa-apa di rumah seperti banjir, memang habislah duit itu. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan duit individu habis rosak dimakan anai-anai telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Simpan duit lama sangat sampai tak perasan dah rosak

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu sedang merakam kepingan duitnya yang disimpan lama di dalam rumah. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila duitnya itu dilihat berlubang dan koyak. Difahamkan, duit itu telah dimakan oleh anai-anai. Duit kepingan bernilai RM50 dan RM100 itu dilihat telah rosak. 

"Lepas ini simpan dalam dompet saya bang, duit saya tak ada kawan tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 605K tontonan, 18K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Sayangnya, dah lah banyak. Harap-harap bank terima untuk buat penukaran :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: