seismik

"Keren Banget" - Tak Sangka Ada Mall Dalam Airport, TikTokers Indonesia Ini Nampak Teruja

Excited betul dia.

Cover image via @lilinielsen_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kita akan merasa teruja dan seronok apabila dapat menjejakkan kaki ke negara lain bukan?

Keseronakan itu dapat dirasa apabila kita telah sampai ke lapangan terbang mereka. Perkara itu juga telah melambangkan kemajuan sesebuah negara itu. 

Sama seperti yang dialami oleh TikTokers Indonesia apabila video yang menunjukkan dia tiba ke lapangan terbang KLIA di Malaysia telah tular dan mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@lilinielsen_

Kereenn cuyyy bisa ngemall diairport wkwkwk mantappp gua tungguin ada di indo wkwk #fyp #vlognyalili

original sound - LILI - LILI

Terkejut sebab ada mall dalam airport

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang TikTokers Indonesia baru saja tiba di Malaysia.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia tiba saja di lapangan terbang, dia dilihat sangat teruja dengan lapangan terbang KLIA. Katanya, dia terkejut dan tidak percaya ada pusat beli-belah dalam lapangan terbang.

Dia juga dilihat merakam situasi dan keadaan di lapangan terbang KLIA yang berbeza dengan negaranya. Pada akhir video, dia juga berharap bahawa ada lapangan terbang seperti ini di Indonesia satu hari nanti.

"Bukan tu je, dalam airport tu juga ada hotel sis" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 600K tontonan, 76K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Selamat datang ke Malaysia, jangan lupa try nasi lemak sekali kak! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: