seismik

"Terkejut" - Badan Ayah Terpotong Di Museum Magic, Budak Nangis Ketakutan Ini Curi Tumpuan

Mak dia pun sakan kenakan anak.

Cover image via @eyqa.hzrdn (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bawa anak-anak ke muzium sudah tentu satu perkara yang menyeronokkan

Tambahan lagi, kalau muzium itu merupakan muzium ilusi yang membolehkan semua untuk mencuba pelbagai aktiviti. Namun, tidak semua kanak-kanak akan suka kerana ada juga yang takut. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang budak kecil menangis kerana terkejut badan ayahnya terpotong telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Nangis takut sebab terkejut kaki ayah terpotong daripada badan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang meluangkan masa di Muzium Magic World di Penang.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak kecil dilihat terduduk sambil menangis ketakutan kerana melihat badan ayahnya menjadi pelik.

Kaki ayahnya tiba-tiba ternaik seolah-olah kelihatan kakinya terpotong. Namun sebenarnya itu hanya ilusi dan bukanlah kaki ayahnya. Kaki ayahnya tersorok di dalam ruangan yang disediakan. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@eyqa.hzrdn

Reply to @adamxkedah Hahah harap semua standby tutup telinga yea dgr Letty teghiakk .#foryoupage #fyp #daddysgirl #mamajahat

original sound - Eyqa.hzrdn - Eyqa.hzrdn

"Dik, kau nangis betul-betul tu tanda kau sayang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 12M tontonan, 560K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia ingat real tu, sampai menangis macam tu sekali. Kesian dia :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: