seismik

"Pelik Tapi Benar" - 11 Tahun Ketagih Makan Serbuk Sabun, Gadis Ini Curi Tumpuan Ramai

Gadis tersebut mungkin penghidap penyakit Pica.

Cover image via @zakiraaa.4 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, setiap manusia mempunyai selera yang berlainan

Makanan kegemaran setiap orang juga berbeza-beza. Namun, sebenarnya ada juga yang pernah makan makanan yang tidak sepatutnya manusia makan tau.

Hal itu menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit Pica. Pica merupakan jenis gangguan makan atau eating disorder yang membuatkan seseorang itu makan makanan yang tiada nutrien dan boleh menyebabkan masalah kesihatan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang gadis ketagih makan sabun cuci baju telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pelik dengan diri sendiri yang suka makan sabun

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis meluahkan rasa bingungnya melaui video yang dimuat naik di TikToknya.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila dia ketagih untuk makan serbuk sabun pencuci baju. Perkara itu telah berlaku selama 11 tahun. Dia juga mengatakan bahawa bau wangi sabun itu menyebabkan dia selalu teringin nak makan.

"Jumpa doktor sis , takut sis ada Pica. Pica ni bila kita teringin makan benda yang bukan makanan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 714K tontonan, 36K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen melontarkan pandangan yang buruk. Namun, ada juga yang menasihati gadis itu untuk ke hospital. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Better sis buat check up kat hospital, stay strong!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: