Tular Lelaki Ini Dakwa Banduan VIP Diberi Layanan Mewah Dalam Penjara, Rupa-Rupanya...
Jangan sebarkan berita palsu.
Berikutan dengan kes penyelewangan dana, bekas Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak telah disabitkan dengan hukuman 12 tahun penjara
Najib Razak dipercayai akan terus dibawa ke penjara Kajang untuk menjalani hukuman tersebut mulai semalam.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan gambar penjara untuk banduan VIP telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Dakwa penjara VIP lengkap dengan internet, buku, aircond dan katil tilam berkualiti tinggi
Menerusi posting tersebut, seorang lelaki dilihat memuat naik gambar sebuah bilik dalam penjara di Facebooknya.
Apa yang menimbulkan persoalan ramai adalah apabila bilik itu dilihat sangat selesa dan lengkap untuk seorang banduan VIP. Lelaki itu juga mendakwa makanan yang diberikan juga agak mahal berbanding banduan biasa.
Rupa-rupanya, perkara itu tidak benar kerana gambar penjara tersebut bukanlah penjara di Malaysia
Gambar itu dipercayai merupakan gambar penjara di Switzerland dan bukan di Malaysia. Menurut Jabatan Penjara Malaysia, dakwaan lelaki itu adalah palsu. Tiada juga sebarang layanan istimewa yang diberikan untuk banduan VIP.
"Kita yang kena Covid-19 kuarantin 14 hari pun dah rasa tertekan, inikan 12 tahun" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang meraih 3K tanda suka, 2K komen dan 4K kongsian di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!