seismik

Ini 5 Idea Tempat Makan Menarik & Instagrammable Untuk Buat Bachelorette Party Kawan Anda

Tempat cantik, makanan pun sedap!

Cover image via Viola Flower Cafe (Facebook) & The Farm Foodcraft

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kawan anda dah nak kahwin? Takut lepas ini susah nak keluar macam dulu? Inilah masanya untuk buat bachelorette party dan lepak lama-lama sebelum mereka bertukar status!

Image via GIPHY

Walau bagaimanapun, persoalannya adalah, di mana? Nak plan memang senang, tapi percayalah anda mungkin akan menghabiskan banyak masa menggaru kepala untuk mencari tempat yang sesuai.

Jadi, kali ini kami akan berikan beberapa lokasi menarik untuk anda buat bachelorette party dengan kawan-kawan yang lain. Tempat dan dekorasi memang dah cun, tinggal nak buat reservation je!

1. Huckleberry

Image via Huckleberry

Kafe yang sangat popular ini secara konsisten membawakan standard tinggi dan menu yang sentiasa berubah-ubah. Antara menu popular mereka adalah avocado toast. Dekorasi di dalam kafe ini yang cantik juga menjadikan gambar anda akan nampak lebih menarik. Jangan lupa #OOTD dan ambil gambar dengan bakal pengantin puas-puas sebagai kenangan.

Alamat: G108 & GK2, Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 9AM - 1AM

Image via Huckleberry

2. The Farm Foodcraft

Buat anda yang pertama kali menjejakkan kaki ke dalam restoran ini, mesti anda akan terpegun! Iyalah, dekorasinya yang terang dan dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan pasti memukau mata anda. Sesuai dengan tema kehijauan, mereka menyajikan makanan yang sihat buat anda. Fun fact, sebahagian bahan ditanam di ladang mereka sendiri tau! Kalau nak rasa pengalaman farm-to-table, booking cepat sebelum penuh!

Alamat: Unit G-01 & G-02, Level Ground, The Sphere Bangsar South City, 59200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10.30AM - 10.30PM

3. Viola Flower Cafe

Menghidangkan menu Jepun-Barat termasuk pencuci mulut yang comel, kafe ini akan mengalihkan pandangan pada dari siling indah yang penuh dengan bunga-bunga kering semula jadi. Ia juga mempunyai ruang acara peribadi yang dilengkapi dengan latar belakang percuma untuk pesta. Haa, sesuai sangat kalau buat bachelorette party di sini. Kadar harga bermula dari RM25 seorang.

Alamat: H-1, 03, Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil City, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11AM - 9PM

4. Vogue Lounge

Image via Vogue Lounge

Jika anda sedang mencari tempat untuk menarik perhatian pengantin fashionista anda, Vogue Lounge KL adalah tempat yang sesuai. Ramai memilih tempat ini kerana boleh berseronok dengan putaran lagu daripada DJ, penghibur vokal dan pertunjukan fesyen. Menu mereka pula merangkumi kelainan masakan gabungan Perancis dan Jepun.

Alamat: Level 38, Menara SuezCap 1, KL Gateway, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 5.30PM - 2AM (tutup setiap Isnin)

Image via Vogue Lounge

5. De.Wan 1958 by Chef Wan

Image via De.Wan 1958

Ikon masakan Malaysia yang paling terkenal, Datuk Dr. Chef Wan tidak perlu diperkenalkan lagi. Oleh itu, anda tidak akan salah apabila memilih restoran ini sebagai tempat menjamu selera dan meraikan bakal pengantin. Hiasannya yang berwarna-warni dan unik sekali gus menyerlahkan hidangan Malaysia yang lazat. Tempah sekarang dan ceriakan kawan anda yang bakal bertukar status tidak lama lagi!

Alamat: The Linc, 360, Jln Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11AM - 3.30PM, 6PM - 9.30PM

Jadi, anda dah boleh plan dengan dalang-dalang yang lain untuk surprisekan bride to be tu. Good luck! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: