seismik

“Hujung Jari Je!” - Ini 5 Aplikasi Untuk Beli Groceries Online Segar & Mudah Di Malaysia

Senanglah nak beli apa-apa lepas ni.

Cover image via MyRujukan & Sinar Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi ibu-ibu, kalau keluar membeli-belah barangan dapur sudah pasti memerlukan masa yang lama bukan?

Tambahan pula jika anak kecil yang banyak ragamnya. Pasti sukar untuk memilih barangan dapur yang ingin dibeli.

Kini anda tidak perlu risau lagi, semuanya boleh didapati di hujung jari saja. Kali ini, kami akan kongsikan lima aplikasi untuk beli barang dapur secara online yang boleh hantar terus di depan rumah anda.

1. myAEON2go

Image via myAEON2go

Pelbagai barangan yang boleh dibeli di aplikasi ini. Daripada barangan basah, barangan rumah, barangan kesihatan dan juga barangan bayi. Semuanya boleh didapati melalui aplikasi myAEON2go. All in one!

2. HappyFresh

Image via Happy Fresh

HappyFresh merupakan syarikat penghantaran barangan runcit yang menyediakan servis untuk membeli barang di Giant, Lotus, Cold Storage dan pusat beli-belah besar yang lain. Apa yang menarik adalah, mereka memberikan khidmat free delivery tau. Jimat!

3. Lotus's Malaysia

Image via Lotus's

Dulu dikenali sebagai Tesco Online, kini anda boleh mendapatkan segala jenis barangan basah dan segar seperti sayur, ikan, ayam, roti, telur dan macam-macam lagi. Caj penghantaran pula bergantung kepada waktu slot penghantaran yang anda pilih.

4. Jaya Grocer

Image via Jaya Grocer

Bagi anda yang tinggal di kawasan Lembah Klang, anda boleh menggunakan aplikasi Jaya Grocer untuk membeli sayur-sayuran organik. Anda perlu memasukkan poskod tempat tinggal terlebih dahulu sebelum aplikasi tersebut mengesan cawangan Jaya Grocer yang berdekatan dengan anda.

5. Bungkusit

Image via Bungkusit

Konsep perkhidmatan aplikasi Bungkusit ini lebih kurang macam runner. Mereka bukan saja boleh tolong anda beli barangan basah, malah juga boleh bungkuskan makanan anda dari kedai makan atau warung yang ada dalam kawasan liputan. Memang senang sangatlah kerja anda. Tunggu je depan rumah!

Mudah, cepat dan jimat bukan? Jadi, muat turun semua aplikasi ini di telefon anda sekarang. Anytime je order ;)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: