seismik

[VIDEO] Ibu Terhibur Tengok Tudung Anak Balik Sekolah 'Auto' Jadi Kembung Macam Mak Cik

Comel je dik.

Cover image via @nadiamaulasamsudin (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak-anak yang masih bersekolah tentu banyak ragam dan kerenahnya

Sampai kadang kala ibu bapa pun pening hendak melayan mereka. Namun, merekalah penghibur hati dan pelengkap dalam rumah tangga.

Seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi anaknya berhias cantik pergi ke sekolah telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nadiamaulasamsudin

NASIB BAIK SANGGOL LINTANG DIY JE

Tiba-Tiba Speed Up - liriklagu

Balik sekolah tudung jadi macam 'mak cik' pula

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu sedang merakam situasi semasa anaknya mahu pergi ke sekolah.

Dapat dilihat anak perempuannya itu berhias lawa kerana ada aktiviti di sekolahnya. Tudung dan sanggulnya juga semua terletak dengan cantik dan elok.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah si ibu kemudian berkongsi gambar selepas si anak pulang dari sekolah. Kelihatan tudungnya kembung dan sanggul di atas kepalanya juga hampir jatuh.

"Dik, bunga lintang kena tiup ribut ke?" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dan memuji kecomelan kanak-kanak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 74.9K likes dan 392 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak apa, tudung awak kembung pun still comel dik :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: