seismik

Tolong Potongkan Rambut Anak Murid Yang Penuh Dengan Kutu Rambut, Guru Ini Dipuji Ramai

Guru prihatin terhadap anak muridnya, macam ini yang kita mahukan!

Cover image via @zehraazahra (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang guru yang baik adalah guru yang sentiasa prihatin dengan keadaan sekeliling anak muridnya

Menerusi video yang tular di laman sosial TikTok, seorang guru prihatin membantu anak muridnya yang mempunyai masalah kutu rambut yang terlalu banyak mencuri tumpuan.

Difahamkan, ketika sedang belajar, seorang rakannya mengadu apabila melihat kutu tersebut berkeliaran di tudungnya dan murid itu juga tidak fokus sewaktu belajar kerana hanya menggaru kepalanya sahaja.

Guru itu terus membuka tudung muridnya dan dia kelihatan terkejut apabila rambut anak muridnya itu berbau dan mempunyai jumlah kutu yang banyak.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

@zeraazzahra

Semangat anak cantik ,,, bu guru pantau terus sampai kamu bebas kutu

Ojo Di Bandingke - Denny Caknan

Guru itu potong rambut sehingga nipis untuk mengurangkan masalah kutu

Dengan bantuan guru yang lain juga, mereka menggunakan sikat dan kapur barus untuk mematikan kutu-kutu tersebut.

Dalam video itu juga, guru itu berasa simpati dengan keadaan anak muridnya kerana baju dan tudung anak muridnya itu penuh dengan darah kutu sehingga membuatkan muridnya tidak selesa ketika waktu persekolahan.

Perkara ini juga telah membuatkan ramai netizen tersentuh hati dan memuji tindakan baik guru tersebut.

"Guru yang bertanggungjawab" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 44.5M views, 2.5M likes serta 80K share di TikTok, rata-rata netizen turut rasa terharu dengan tindakan guru yang membantu anak muridnya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga jasamu akan terus dikenang wahai guru :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: