seismik

“Risau Tersalah Pilih” - Misi Mencari Isteri Dalam Kain Pelikat Ini Buat Netizen Terhibur

Ini kalau tersalah teka isteri boleh kena tidur luar ni.

Cover image via @bangjaini (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari keluarga merupakan hari yang penuh dengan aktiviti dan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, keluarga ini mengadakan hari keluarga yang dinamakan sebagai Family's day Hamid dan Che Som. 

Apa yang menariknya adalah, mereka melakukan suatu aktiviti di mana para suami harus mencari dan meneka isteri mereka yang ditutup disebalik kain pelikat dengan tepat.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sukar untuk meneka siapa disebalik kain pelikat membuatkan netizen terhibur dengan gelagat para suami, risau tersalah pilih isteri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bangjaini, kelihatan para suami berusaha sedaya upaya untuk meneka dengan tepat susuk tubuh isteri mereka yang dibaluti kain pelikat.

Ada suami yang tepat tekaannya dan ada yang salah meneka isteri. Aktiviti berkenaan ternyata memeriahkan lagi suasana.

Lihat video sambungan itu dibawah:

"Idea baru yang menyeramkan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sebanyak 941K views, 45.5K likes, dan 1220 shares di laman TikTok. 

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aktiviti yang dilakukan oleh keluarga pemilik video tersebut. 

Berikut dibawah antara komen yang menarik daripada netizen di TikTok: 

Ini boleh masuk dalam list aktiviti hari keluarga nanti, macam seronok! :P

Image via @Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: