seismik

Ini 10 Barang Camping Bawah RM80 Di Shopee Untuk Beginner. Baru Lengkap & Selesa!

Baru best camping.

Cover image via Malaysia Travel & Pinterest

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ada yang gemar melakukan aktiviti outdoor seperti berkhemah

Berkhemah dengan kawan-kawan dan keluarga boleh mengeratkan lagi silaturahim melalui kerjasama mendirikan khemah, menyediakan makanan dan pelbagai aktiviti lain lagi. 

Selalunya kalau pergi berkhemah, sudah pasti kita akan membawa tikar saja kan? Apa kata kita level up peralatan camping supaya lebih selesa dan lengkap!

Image via GIPHY

1. Khemah (RM35.50 - RM50.70)

Image via Shopee

Khemah merupakan peralatan camping yang paling utama dan penting. Bukan saja membolehkan anda berehat di dalam, malah ia juga boleh dijadikan untuk tempat anda berteduh semasa hujan atau panas terik. Saiz khemah ini boleh muat sehingga 4 orang tau. 

Beli di sini

2. Flysheet tent (RM35.90 - RM69.50)

Image via Shopee

Kalau anda ada khemah, ini boleh dipasang sebagai tambahan supaya kalau hujan air tidak menitik terus ke atas khemah. Bumbung ini juga boleh dibawa semasa anda piknik. 

Beli di sini

3. Tikar (RM8.69 - RM18.90)

Image via Shopee

Tikar ini juga penting untuk anda duduk dan letakkan makanan. Saiz dan corak tikar ini boleh dipilih mengikut cita rasa dan kesesuaian masing-masing. Yang paling best, tikar ini waterproof!

Beli di sini

4. Kipas (RM59.75)

Image via Shopee

Memang panas kalau pergi berkhemah di tepi pantai atau bukit. Sebab itu, anda disarankan membawa kipas bersama. Kipas ini mempunyai angin yang laju dan ringan untuk dibawa kemana-mana. 

Beli di sini. 

5. Meja lipat (RM36.95 - RM79.95)

Image via Shopee

Dengan adanya meja lipat, lagi mudah kalau anda nak makan. Boleh letakkan makanan yang telah dimasak atas meja dan makan ramai-ramai. Anda juga boleh makan duduk bersila di bawah dan letakkan pinggan atas meja. Jangan risau, sangat jimat ruang sebab boleh lipat. 

Beli di sini

6. Kerusi camping (RM19.88)

Image via Shopee

Kerusi ini memang paling berfungsi. Boleh dilipat dan senang untuk disimpan. Kerusi camping ini memang kukuh dan sesuai dengan harganya. Tak perlulah anda duduk di bawah lagi selepas ini. 

Beli di sini

7. Mangkuk besi (RM18.86)

Image via Shopee

Mangkuk besi ini memang senang kalau ada. Boleh digunakan untuk masak mi, nasi atau apa-apa makanan. Mudah untuk hidangkan juga. Yang paling penting, senang nak kemas, stack dan simpan. 

Beli di sini

8. Mini gas stove (RM11.60)

Image via Shopee

Kalau nak mendaki dan berkhemah di mana-mana, sesuai kalau anda bawa mini stove. Senang nak masak makanan, tak perlu mencari kayu untuk buat kayu api. Mudah kerja anda! Pastikan anda beli lebihan gas. 

Beli di sini

9. Sudu dan garfu lipat (RM0.97 - RM2.47)

Image via Shopee

Tak lengkaplah kalau ada mangkuk tapi tak ada sudu betul tak? Sudu ini bukan saja ringan, ia boleh dilipat dan disimpan. Memang tak makan ruang! 

Beli di sini

10. Hammock (RM6.39 - RM47.89)

Image via Shopee

Hammock juga merupakan alatan tambahan. Kebiasaannya, hammock boleh diikat antara dua pokok yang besar. Anda boleh baring dan menikmati udara segar. Hammock juga dijual dengan pelbagai warna dan saiz. 

Beli di sini

Dah ada semua barang ni, barulah syok nak bercamping! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: