[VIDEO] "Jangan Kacau" - Jelingan Abang Diusik Adik Ketika Mengaji Ini Buat Ramai Tertawa
Abang jeling terus adik diam ya.
Bila melihat perangai si cilik, pastinya ada sahaja telatah mereka yang membuatkan kita terhibur
Apatah lagi bila melihat telatah perangai adik-beradik. Ada sahaja perkara mereka lakukan bersama yang menghiburkan hati orang ramai.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila si adik mengusik abangnya yang sedang fokus mengaji namun reaksi si abang memarahi adiknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terus diam si adik sebaik sahaja abang memandangnya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kasihnisa0, kelihatan dia sedang mengajar anaknya mengaji tetapi si adik kerap menganggu sehingga dimarahi oleh abangnya.
"Adik, janganlah kacau abang, Mulampau betul!". Sebaik sahaja dimarahi abangnya, si adik diam seketika tetapi si adik sambung semula menganggu abangnya yang sedang fokus membaca.
Jelingannya sambil memegang dahi itu membuatkan ramai netizen terhibur. Mahu marah adik sampaikan perkataan melampau tertukar jadi mulampau.
"Part pegang dahi tu, macam banyak sangat masalah ya" - Netizen
Susulan tular video tersebut, video berkenaan telah mencecah sebanyak 508.3K views, 64.7K likes dan 755 comments di TikTok.
Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi si abang. Siap pegang dahi seolah-olah ada masalah dan tidak boleh fokus untuk meneruskan pembacaan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!