seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Terkejut Keluarga Hadiahkan Kalungan Bunga Malai Pada Hari Graduasi

Unik ya bunga konvo dia.

Cover image via @burnout974 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari konvokesyen merupakan hari yang paling bersejarah buat para graduan universiti

Maka dengan itu, pastinya ahli keluarga mahupun rakan-rakan akan memberi hadiah sebagai tanda ucapan tahniah kerana telah menamatkan pengajian. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila keluarga ini memberikan hadiah bunga namun bukanlah sejambak bunga tetapi kalungan bunga Malai telah mengundang tawa para netizen.

Lihat video itu di bawah:

@burnout974 Benda dah beli, enjoy jelah congratulations to my brother ‍#fyp #convocation uitmdihatiku - ainn.

Terkejut apabila nampak bunga dikeluarkan terus takut-takut nak disarungkan

Bunga Malai mengikut kepercayaan orang India merupakan simbolik penghargaan, ucapan terima kasih dan juga simbolik kebanggaan di atas kejayaan seseorang.

Menerusi video tersebut, lelaki itu baru sahaja tamat bergraduasi. Mereka menghadiahkan kalungan bunga Malai bertujuan untuk mengenakannya.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki itu seperti terpaksa dikalungkan. Mereka juga berkata, idea ini merupakan idea baru untuk pemberian hadiah kepada sesiapa yang bergraduasi.

"Nanti konvo degree cousin aku nak beli" - Netizen

Susulan tular video tersebut, video berkenaan telah meraih sebanyak 135.1K views, 9,289 likes dan 381 shares di TikTok.

Netizen turut terhibur melihat lelaki itu mengelak daripada memakai bunga itu tetapi merelakannya. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lepas ni mesti lagi ramai hadiahkan bunga Malai. Tahniah semua! :D

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: