seismik

"Penangan K-Drama"- Gelagat Pak Cik Fokus Layan Cerita Big Mouth Ini Curi Tumpuan Ramai

Ini baru betul peminat K-Drama!

Cover image via @pppppaaaaahhhhhh (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut sahaja tentang drama Korea, pastinya akan ada ramai peminat di Malaysia

Tambahan pula, drama Korea sering kali menyajikan jalan cerita yang menarik dan banyak plot twist yang menyebabkan ramai menyukainya. Rata-rata peminat adalah dalam kalangan orang muda dan wanita.

Namun lain pula dengan video yang tular baru-baru ini, si anak menunjukkan gelagat ayahnya yang feeling menonton drama Korea telah menarik perhatian warganet.

Lihat video itu di bawah:

@pppppaaaaahhhhhh ayah korg tengok kdrama tak ? Takk hmm lemahh kita ni kena paksa bukakkan untuk dia #fyp #kdrama #bigmouth #bigmouthlastepisode #fyp original sound - Yrgal

Siap bersila dan makan keropok depan televisyen

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pppppaaaaahhhhhh, dia menunjukkan beberapa gelagat ayahnya yang fokus semasa menonton drama Korea yang bertajuk Big Mouth.

Difahamkan, dia juga dipaksa oleh ayahnya untuk membuka setiap episod. Penceritaan drama yang mempunyai beberapa plot twist menyebabkan ayahnya tertarik untuk menonton.

Warganet turut terhibur dan berkongsi bahawa ayah mereka juga berkelakuan yang sama. Iyalah, selalunya orang muda dan mak-mak sahaja yang layan drama Korea tetapi kali ini ayah pula yang fokus menonton.

"Sama macam ayah saya, layan lebih dari kita siap suruh remind bila episod baru keluar" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut berkongsi bahawa gelagat pak cik itu sama seperti ibu dan ayah mereka semasa menonton drama Korea.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.3M views, 136.1K likes dan 4,948 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Drama tu dah habis, lepas ni boleh sambung drama baru pula :P

Image via Gettrendingif

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: