seismik

"Nostalgia" - Throwback Permainan Tin, Sekumpulan Lelaki Ini Buat Ramai Netizen Jadi Rindu

Nostalgia ya permainan ini.

Cover image via @_amirakram (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika bercerita tentang permainan zaman dahulu, banyak memori pahit dan manis yang boleh diceritakan

Permainan zaman dahulu sebenarnya lebih banyak mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama yang lain. Zaman tanpa gadget pastinya lebih banyak meluangkan masa dengan rakan-rakan.

Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok sekumpulan lelaki bermain semula permainan zaman dahulu telah mengamit memori para netizen sewaktu kanak-kanak.

Lihat video itu di bawah:

Tin jatuh semua kena berlari untuk susun semula tin

Menerusi video tersebut, mereka mengimbau semula memori zaman kanak-kanak dengan bermain permainanan yang digelar sebagai baling tin.

Situasi itu juga telah menyebabkan netizen rindu untuk bermain semula. Ada yang mengatakan mereka menggunakan selipar sebagai pengganti tin.

Permainan seperti ini hendaklah didedahkan terutama sekali kepada anak-anak zaman kini kerana permainan ini bukan sekadar bermain, tetapi dapat mengeratkan hubungan bersama.

Lihat video disebalik tabir rakaman asal di bawah:

"Rindu nak bermain dengan kawan-kawan dan sepupu, seronok sangat" - Netizen

Susulan tular video tersebut, video berkenaan telah meraih sebanyak 71.6K views, 2,720 likes dan 407 comments di TikTok.

Rata-rata netizen rindu dan mengimbau semula memori zaman kanak-kanak dahulu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kalau main guna selipar, tiba-tiba selipar tu hilang sebelah :P

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: