seismik

[VIDEO] Tarik Part Korus Lagu 'Balasan Janji Palsumu', Nyanyian Adik Ini Boleh Pergi Jauh

Sangat berbakat!

Cover image via @dekna.af5 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai kebolehan yang tersendiri

Tidak kiralah dalam apa jua bidang sekalipun. Bakat yang bagus harus ditonjolkan dan digilap.

Mana tahu dengan kebolehan yang ada itu dapat memberikan tuah dan rezeki pada masa akan datang.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila lagu 'Balasan Janji Palsumu' dinyanyikan oleh seorang adik perempuan telah mencuri perhatian ramai kerana nyanyiannya yang sangat merdu.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dekna.af5 Dia Nyanyi Feeling Betholll mmg Love laahhhh dekna dh ade pewaris ni anak nakan pandai Nyanyi #kidsoftiktok #singing Balasan Janji Palsumu - Audio Library

Dia nyanyi dengan tenang, lagi-lagi waktu korus

Menerusi video yang di muat naik oleh @dekna.af5, dia menyuruh anak buahnya itu menyanyikan sebuah lagu daripada kumpulan Leon.

Apa yang menarik perhatian adalah, ketika adik itu menyanyi dia berjaya menarik suaranya pada bahagian korus dengan merdu sekali.

Difahamkan, pemilik video ini juga merupakan seorang penyanyi. Memang padanlah suara anak buahnya sedap kerana mereka sekeluarga berbakat dalam nyanyian.

"Boleh pergi jauh ni, sebab dia ada gaya dia. Confirm gempak" - Netizen

Ketika menulis artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sebanyak 134K views, 9,059 likes dan 179 comments di TikTok.

Rata-rata netizen memuji nyanyian adik itu dan berharap semoga bakat adik ini digilap dengan baik.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lepas ni boleh request lagu rock kapak yang lain! ;)

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: