Budak Jumpa Nenek Terus Nyanyi Lagu ‘Nenek Si Bongkok Tiga’ Ini Buat Ramai Terhibur
Terus usik nenek ya dik!
Apabila bertemu dengan ahli keluarga yang sudah lama tidak berjumpa, pastinya akan ada rasa teruja
Semua orang akan rasa teruja sebaik sahaja melihat ahli keluarga mereka. Rasa teruja mestilah disebabkan rindu.
Menerusi video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, gelagat adik comel yang semangat apabila bertemu dengan neneknya sambil menyanyi telah mencuit hati ramai netizen.
Lihat video itu di bawah:
Semangat bila berjumpa dengan nenek, siap menyanyi dari jauh
Menerusi video tersebut, difahamkan neneknya itu baru sahaja tiba di rumah kenduri. Apabila melihat neneknya, adik ini terus datang dengan teruja ke arah mereka sambil membawa minuman.
Dari jauh lagi dia sudah menyanyi dengan kuat lagu 'nenek si bongkok tiga' sebaik sahaja melihat nenek dan ibunya itu.
Tiba sahaja ditempat mereka, adik ini sambung semula nyanyiannya sambil menari dengan gayanya yang tersendiri. Ramai netizen terhibur dengan telatah dan kepandaian adik ini mengusik neneknya.
"Habiskan lagu tu adik. Nenekku kahwin dengan anak raja" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 319.6K views, 36K likes serta 363 share di TikTok, rata-rata netizen turut rasa terhibur dengan kecomelan telatah adik ini.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!