seismik

"We Feel You, Adik" - Menyanyi Sambil Menangis, Adik Ini Punya Feel Curi Tumpuan Ramai

Tak apa adik, kami memahami.

Cover image via @farishakimie20 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kenangan waktu sekolah adalah kenangan yang paling sukar untuk dilupakan oleh semua orang

Lirik lagu Memori Tercipta nyanyian daripada Shila Amzah, boleh mengamit semula memori zaman persekolahan apabila menghayati setiap bait-bait lirik tersebut.

Tular sebuah video di laman sosial TikTok baru-baru ini, sekumpulan pelajar menyanyikan lagu Memori Tercipta. Namun, gelagat adik yang menangis sambil menghayati lagu tersebut telah meraih perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

@farishakimie20

Mungkin ada cerita yg terpendam buat adik ni menangis

original sound - farishakimie20

Terlalu menghayati lirik lagu sehingga menitiskan air mata

Kelihatan pelajar-pelajar sekolah ini menyanyikan lagu Memori Tercipta dengan penuh penghayatan dan bersemangat.

Namun, lain pula gelagat adik ini menangis disebabkan terlalu menghayati lirik lagu dan seolah-olah memahami akan erti perpisahan.

Mungkin adik ini teringat kenangan mereka bersama dan berat untuk menghadapi situasi perpisahan mereka nanti.

"Dengar lagu ini sahaja, sudah rasa sebak sebab teringat kenangan sekolah rendah" - Warganet

Susulan tular video ini, video berkenaan telah mencecah sebanyak 351.4K views, 39.9K likes dan 687 shares di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat adik yang menghayati lagu ini.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lagu ni memang boleh buat semua orang rindu memori lama :")

Image via Tenor.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: