seismik

[VIDEO] "Respect Bro" - Tindakan Driver Bas Mudahkan Warga Emas Ini Buat Ramai Terharu

Terharu tengok situasi macam ini.

Cover image via @muhammadhazman9290 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebajikan dan keprihatinan dalam membantu golongan warga emas perlu dipupuk dalam diri masing-masing

Hal ini kerana, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai golongan muda atau golongan yang sihat ini membantu mereka terutamanya warga emas mahupun OKU dalam apa jua perkara.

Masyarakat juga haruslah peka, prihatin dan memainkan peranan penting dalam membantu golongan ini supaya mereka akan berasa dibantu dan lebih menghargai akan pertolongan yang diberikan.

Menerusi video yang tular baru-baru ini, seorang pemandu bas membantu seorang warga emas dengan menghulurkan tangannya untuk dijadikan sebagai tempat berpaut semasa ingin turun dari bas telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh berkenaan di bawah: 

Turun dari bas semata-mata untuk membantu warga emas turun di destinasinya

Sebaik sahaja tiba di destinasi, pemandu bas ini terus turun dari tempat pemandu dan menunggu seorang wanita warga emas.

Warga emas ini kelihatan sedikit membongkok dan berjalan perlahan semasa ingin turun dari bas. Kemudian pemandu ini menghulurkan tangannya untuk dijadikan sebagai tempat berpaut dan membantu warga emas itu.

Tindakan pemandu bas ini membuatkan ramai yang terharu kerana dia sanggup dari tempat pemandu turun dari bas semata-mata untuk menolong warga emas ini.

"Semoga sentiasa dalam rahmat Allah adik, tersentuh hati dengan video ini" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video berkenaan telah mencecah sebanyak 394K views, 41.4K likes dan 1216 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen netizen, mereka memuji keprihatinan pemandu bas ini yang membantu wanita warga emas tersebut:

Semoga dilimpahkan ganjaran yang baik buat abang pemandu bas itu, salute! :")

Image via Wifflegifs.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: