seismik

Tunjuk Cara Hilangkan Kesan Terbakar Di Seterika, Warganet Turut Memberikan Petua Baru

Baru tahu ada cara lain nak hilangkan kesan terbakar di seterika.

Cover image via @faa_daisyy (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua pastinya akan rasa tertekan apabila ada seterika mempunyai kesan terbakar yang sukar untuk ditanggalkan

Tambahan pula, kesan lama baju terbakar yang melekit juga boleh membuatkan rasa tertekan apabila mahu menggunakan seterika tersebut.

Menerusi video yang tular di laman sosial TikTok, pemilik video ini menunjukkan cara-cara untuk menghilangkan kesan baju yang terbakar di seterika.

Dia menggunakan garam dan kertas untuk menghilangkan kesan baju yang terbakar. 

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

@faa_daisyy Replying to @Seindah Namamu Fikirkan Boleh - Metropolitan

Selain menggunakan garam, ada juga petua yang lain daripada warganet

Dalam video tersebut, pemilik ini menggunakan garam yang diletakkan di atas kertas, kemudian dia menaikkan suhu seterika dan menggosok di atas garam itu. Petua ini juga adalah hasil daripada komen warganet di laman sosial TikTok.

Namun, terdapat juga petua baru yang menyuruhnya menggunakan daun pisang bagi menghilangkan kesan terbakar di seterika itu.

Warganet yang lain ada mengatakan, menggosok di atas daun pisang juga lebih berkesan berbanding menggosok di atas garam.

"Daun pisang, panaskan iron dan gosok-gosok atas daun pisang, InsyaAllah jadi" - Warganet

Susulan tular video petua ini, video berkenaan telah mencecah sebanyak 524.3K views, 14K likes dan 123 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen warganet, rata-rata mereka memberi petua bagi menghilangkan kesan terbakar di seterika:

Bagus juga petua ni, boleh gunakan nanti kalau ada kesan terbakar di seterika :D

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: