seismik

"Keranamu Malaysia" - Salah Lirik Lagu, Level Confident Lelaki Ini Curi Tumpuan Ramai

Yakinnya abang ni jerit Keranamu Malaysia.

Cover image via @neyshaa.q (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila terdengar lagu kemerdekaan yang kita minati pastinya kita akan turut bersemangat untuk menyanyi bersama-sama

Menerusi video yang tular di laman sosial TikTok, video ini telah mencuri tumpuan netizen disebabkan gelagat lelaki menyanyikan lagu kemerdekaan tetapi lirik lagu yang dinyanyikan salah.

Begitu semangat lelaki ini menyahut sahutan pengacara majlis apabila ditanya untuk menyambung lirik lagu tersebut, tetapi tersalah pula lirik lagu yang disahutnya. 

Lihat video penuh berkenaan di bawah :

Bukan itu sahaja, bendera kecil yang dipegang juga mencuri perhatian ramai

Memegang bendera kecil sambil menyanyi menyebabkan gelagat lelaki ini telah mencuri tumpuan ramai netizen.
 
Keyakinan lelaki ini menjerit lirik lagu yang salah itu turut membuatkan netizen terhibur dan ada yang mengatakan dia terlalu fokus bermain dengan bendera kecilnya yang menyebabkan lirik lagu yang disahutnya itu salah.

"Bendera kecil ja, tapi konfiden terlalu besar, serius berdekah pagi-pagi" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah mencecah sebanyak 1.6M views, 243.7K likes, dan 2736 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki ini yang menyahut lirik lagu Keranamu Malaysia.

Berikut dibawah antara komen yang menarik daripada netizen di TikTok:

Semangat macam abang ini yang kita mahukan! :D

Image via monophy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: